Pages

April 15, 2022

Tukar Universiti Awam

Assalamualaikum. 

Saya nak berkongsi serba sedikit tentang pengalaman saya pindah universiti awam di Malaysia.

Ini pengalaman saya berdasarkan apa yang berlaku kepada saya lapan tahun yang lalu tak pasti sama ada masih applicable atau tidak. Untuk pengetahuan, permohonan untuk masuk ke Universiti Awam yang lain ni bergantung sepenuhnya kepada BUDI BICARA universiti yang kita mohon tu.


Masa tu saya belajar di Universiti Malaysia Pahang (Kampus Gambang) dalam bidang Project Management. Untuk dijadikan cerita, selepas satu semester pengajian di UMP, tiba-tiba satu hari ni tergerak hati nak tahu... boleh tak kalau tukar universiti? Kat bawah saya listkan macam mana saya buat ye.

1. Call universiti awam pilihan
Perkara pertama dan paling crucial sekali adalah sangat disarankan untuk call pihak universiti yang kamu berminat nak mohon masuk tu. Cuba tanya dulu. Jadi masa tu saya call UNIMAS. 

"Kalau macam saya... student dari universiti lain dan saya nak masuk UNIMAS, boleh ke?" 

Dan dia orang pun jawab boleh je. Cara dia saya cuma perlu hantar surat permohonan beserta transkrip akademik terkini saya direct terus ke alamat fakulti yang menawarkan bidang yang saya berminat. Bukan alamat universiti, tapi fakulti. Keputusan tu terletak sepenuhnya kepada fakulti, mungkin mereka tengok kekosongan. Saya tak ingat sama ada saya submit surat permohonan melalui pos atau emel. Masa tu, saya pilih dua buah fakulti sebab saya rasa kalau kena reject fakulti A, at least ada satu lagi surat ke fakulti B. Masa saya apply tu, saya tak adala rasa macam fikir yang saya akan diterima. Konfiden memang akan kena reject. Sebab masa tu saya apply tu saya pasang satu mindset yang lebih baik mencuba daripada tidak mencuba langsung.

2. Respon dari universiti pilihan
One day, semasa minggu ketiga semester ke dua kalau tak silap, tiba-tiba saya dapat panggilan dari UNIMAS, dari staf yang urus admission. Dia cakap, permohonan awak untuk masuk UNIMAS tu tak ada masalah. Blablabla..  Untuk proses kemasukan tu, dia minta beberapa dokumen sokongan yang perlu di emailkan. Jadi ikut sajalah prosedur tu.

3. Tulis surat berhenti pengajian ke universiti asal

Sebaik saya dah tahu dan confirm dah dapat surat tawaran dari UNIMAS, barulah saya mula menulis surat untuk menamatkan pengajian di universiti asal. Saya kena hantar surat untuk memohon tamat pengajian/berhenti belajar, pergi library untuk mintak stamp atau pengesahan yang saya takda apa-apa hutang atau buku yang belum dikembalikan, pergi fakulti, dan juga pergi jumpa bahagian keselamatan untuk minta stamp. Diorang akan bagi chop atau stamp kalau takda problem atau takda masalah hutang ke apa-apa. Saya kena selesaikan secepat mungkin sebab dah masuk minggu ke 3, week 4 tu adalah week terakhir untuk add/drop courses. 

Okay. Itu je.

 Di kesempatan ini saya ingin merakamkan penghargaan dengan kawan saya Faira yang bersama dengan saya highs and lows masa di UMP. Dia salah satu orang yang baik saya pernah kenal. Dan saya jugak nak rakamkan penghargaan dengan kawan yang tolong saya angkut barang guna tenaga mereka masa saya nak balik Sarawak. Masa tu kali pertama saya naik bas dari Gambang ke Kuala Lumpur. So beberapa orang kawan masa tu tolong saya angkut barang dari Kolej Kediaman sebab tak mampu nak sewa kereta jadi kamiorang menggunakan kudrat wanita untuk mengangkut barang... pastu nak kena naik jejantas lagi sebelum sampai dekat stesen bas. Seriously berat kot barang-barang tu. Semoga Allah permudahkan urusan sesiapa sahaja yang pernah membantu saya sebelum ni dan maafkanlah saya.

Selain itu, saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada bekas roommate semasa di UMP Gambang, Kolej KK3, Tingkat 3 dan juga bekas coursemate terutama Fadhlin dan Bella.

Okay sampai sini sahaja perkongsian saya hari ini.

September 3, 2021

Resipi

Salam!

Dengan bahan masakan yang sangat limited dekat dapur, kadang-kadang macam tak tahu nak masak apa. Buntu. Dan sekian.. sekian... sekian...

MENU 1 Spicy Fried Dried Anchovies with Egg and Sausage (Tumis ikan bilis pedas bersama telur dan sosej)

Bahan-bahan:

Minyak masak

1 biji bawang merah - Hiris

1 biji bawang besar - Hiris

3 ulas bawang putih - Hiris

3 (ikut suka) biji cili merah - Hiris

1 mangkuk kecil ikan bilis / pusuk

1 mangkuk kecil sosej ayam - potong atau hiris ikut suka

2 biji telur

Garam dan gula secukup rasa 


Cara-cara memasak:

1. Panaskan kuali dan masukkan minyak.

2. Goreng ikan bilis sampai garing atau separa garing. Angkat dan ketepikan.

3. Tumis bawang merah, bawang besar, bawang putih dan cili menggunakan minyak yang sama digunakan menggoreng ikan bilis. (Better kalau hangus-hangus sikit-sikit dia punya bahan tumisan. Kalau dekat tekak saya macam lagi sedap kalau macam tu.)

4. Masukkan sosej ayam dan goreng sampai garing bersama bahan tumisan.

5. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi dan gaulkan semua bahan.

4. Ketepikan semua bahan dan tuangkan telur.

5. Kacau telur sampai betul-betul masak dan gaulkan bersama bahan lain.

6. Masukkan bahan perasa secukup rasa.


MENU 2 Potato Soup White Pepper (Sup Kentang Lada Sulah)

Bahan-bahan:

3 biji Kentang - Potong tebal ikut suka

2 biji bawang merah - Hiris

3 ulas bawang putih - Hiris

Ikan bilis 

Kiub Pati Ikan Bilis 

Serbuk lada putih (optional)

Garam 


Cara-cara memasak:

1. Panaskan periuk dan tuangkan minyak.

2. Apabila minyak telah panas, goreng ikan bilis dan ketepikan.

3. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga layu dan kekuningan.

4. Masukkan kentang dan gaul bersama bahan tumisan dan ikan bilis.

5. Masukkan garam dan lada sulah secukupnya dan gaulkan bersama kentang dan bahan tumisan.

6. Masukkan air. Tambah penyedap rasa.

7. Reneh kentang dalam periuk selama 15-20 minit.


December 18, 2020

 I have never experienced anything like this before. Oh my heart.